Saturday, August 22, 2009

Ramadhan,Tetamu yang dinanti.

Its been a while since my last post. Dah bulan Ramadhan dah pun. Hari ni baru puasa yang pertama and hari kedua Terawih. Happy sangat2!! Ada satu perasaan dalam jiwa yang sangat gembira dan bersyukur sangat2. Gembira dan bersyukur dipanjangkan umur untuk menjalankan ibadat puasa sekali lagi, dapat terawih lagi, dapat menikmati kebaikan di bulan Ramadhan lagi. memang betul lah Ramadhan memang tetamu yang di nanti.

As a revert muslim memang terasa the difference. Dulu pun time puasa macam ni selalu ikut puasa dengan kawan yg muslim. Tapi dulu puasa niat lain. 1.mau kurus. 2.save budget. tapi tak jgk la tercapai niat tu.1.makan banyak time berbuka. 2.pergi bazar Ramadhan,semua mau beli.hehehe. but, after da betul2 muslim baru tahu nikmat puasa. SANGAT2 la berbeza. Rasa nak mengalir airmata sebab sangat bersyukur diberikan hidayah. Nikmat bulan puasa sangat la besar. banyak sangat yang indah2 tapi tak tau nak susun cerita macam mana. Indah sangat!!

1. Sahur
**memang susah nak bangun pagi. Tapi perasaan waktu bersahur best. bila fikir pahala bersahur tu,seteguk air pun cukup lah.

2.berpuasa.
**bila kita betul2 menghayati apa itu puasa, puasa itu memang best. bukan tak makan dan minum jak, tapi betul2 menjaga hati,mata,semua lah. lepas tu, amal ibadah pun nak tambah. sebab yang sunat,pahalanya macam yang wajib.yang wajib pulak 40 kali ganda daripada biasa. sangat best kan. InsyaAllah menjadi amalan di bulan2 yg lain.

3.buka puasa.
**mmg lain buka puasa dulu dan sekarang. Sekarang,berpuasa kerana Allah. Nikmat berbuka memang best. gembira dan bersyukur diberikan kekuatan supaya dapat puasa.

4.Terawih.
**my favourite part. Especially if berjemaah. Sedih if terawih sorang2 di bilik. Dengar imam baca al Fatihah and surah2 al Quran,tersentuh hati. Memang indah sangat ayat2 Al-Quran. sangat2 berharap dapat baca Al-Quran tak lama lagi. InsyaAllah.

banyak lagi yg best di bulan Ramadhan. Minta la keampunan daripada Allah. Minta keredhaan Allah. Semoga kita sentiasa di jalan Allah dan minta dikuatkan iman. Kepada semua muslim, bersyukurlah kepada Allah kerana anda seorang Islam. Bukan semua orang dapat hidayah daripada Allah.Apabila anda membuat sesuatu sentiasa lah kerana Allah.